Wednesday, July 31, 2024

10 Jenis Penyakit Kesihatan Mental

 Ada banyak jenis penyakit kesihatan mental. Berikut adalah beberapa yang sering didiagnosis;


Kita semua akan ada alami pemikiran negatif dalam seharian. Cuma untuk individu yang sihat, pemikiran itu hanya hadir sebagai pemikiran, dan berlalu begitu saja, macam angin bayu pantai yang menyapu pipi.
Minda Positif, Kehidupan Produktif


1. Skizofrenia 

Gangguan yang menyebabkan seseorang mengalami halusinasi, delusi, dan pemikiran yang tidak teratur.

2. Depresi 

Keadaan emosi yang merosakkan yang menyebabkan rasa sedih yang mendalam, kehilangan minat, dan gangguan tidur atau selera makan.

3. Kebimbangan (Anxiety) 

Kegelisahan berterusan yang boleh menyebabkan gangguan dalam aktiviti harian, seperti gangguan panik atau gangguan kecemasan umum.

4. Gangguan Bipolar

Perubahan mood yang ekstrem, dari tahap kemurungan yang mendalam ke mania atau hipomania.

5. Gangguan Obsesif-Kompulsif (OCD)

Obsesif yang menyebabkan perasaan cemas yang kuat dan memaksa individu untuk melakukan ritual atau tindakan tertentu berulang kali.

6. Gangguan Makan

Seperti anoreksia, bulimia, atau binge eating, yang melibatkan kebiasaan makan yang tidak sihat atau ekstrem.

7. Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) 

Keadaan selepas trauma yang menyebabkan flashback, mimpi buruk, dan kecemasan yang berterusan.

8. Autisme 

Gangguan perkembangan yang mempengaruhi komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku.

9. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) 

Masalah dengan perhatian, pengurusan masa, dan hiperaktif.

10. Borderline Personality Disorder (BPD) 

Ketidakstabilan emosi, hubungan yang bermasalah, dan imej diri yang tidak konsisten.

Jika ada simptom atau kebimbangan mengenai kesihatan mental, penting untuk mencari bantuan profesional. "Jangan Sembunyikan, Berkongsi dan Berubah"


Sebelum kita tutup..

Konklusinya, pemikiran ini elemen normal untuk seseorang manusia itu ada, dan kita semua akan ada alami pemikiran negatif dalam seharian. Cuma untuk individu yang sihat, pemikiran itu hanya hadir sebagai pemikiran, dan berlalu begitu saja, macam angin bayu pantai yang menyapu pipi.

Tak beri kesan, tak ganggu hidup dan kerja seperti biasa.

Tetapi ada orang, yang terus tenggelam dalam pemikirannya yang negatif itu, sehingga dia menjadi semakin tertekan dan tak mampu nak keluar daripada lubang overthinking itu.

Kata kuncinya, untuk kita tahu kita dalam golongan yang mana satu.

Okay? Jadi, antara 3 cara dikongsikan, mana satu anda rasa sesuai untuk diri anda? Kongsikan juga teknik anda sendiri di ruangan komen 🙂


Share this:

"Minda Positif, Kehidupan Produktif"