Friday, September 7, 2018

Ini sebabnya kenapa penjagaan kaki sangat penting!

Penjagaan Kaki stokin Vken
Pentingnya Penjagaan Kaki



Pentingnya Penjagaan Kaki


Kaki ini dipotong tahun lepas. Kaki pakcik memang sudah hilang deria rasa sakit sejak dua tahun lalu. Apabila terpijak paku ataupun kaca, pakcik tidak terasa. Pakcik menyesal tak buat rawatan dari awal,"  


"Tiap kali bangun tidur kaki rasa kebas-kebas. Mula-mula sakit saya diamkan, dan sedapkan hati mungkin sebab penat main bola tak hilang. Tapi sekarang makin kerap, nak berdiri lama pun tak boleh sedangkan umur baru awal 30an"

Kira-kira 75 hingga 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki, tetapi kebanyakannya enggan mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk mengatasi masalah terbabit sehinggalah ia berlarutan.

Ketumbuhan, kulit kematu, tumit merekah, ibu jari melengkung, kaki berbau dan jangkitan kulat antara penyakit kaki biasa yang sering dialami golongan dewasa. Namun lebih membimbangkan apabila ramai yang berusia 20-an ke atas mula mengalami pelbagai masalah berkaitan kaki terutama cepat lenguh apabila banyak berjalan. 



Penjagaan kaki Stokin Vken
Satu daripada lima individu mengalami sakit kaki, kebas atau kaki berdenyut 

“Kaki anggota terpenting yang menampung seluruh berat badan manusia terutama ketika berjalan. Melalui pemerhatian ramai  mengalami masalah berkaitan kaki mendapatkan rawatan apabila keadaan kesihatan semakin serius.

Menurut Pakar Ortotik Datuk Dr Edmund Lee, di Malaysia 80 peratus individu mempunyai masalah kaki tertentu.

“Satu daripada lima individu mengalami sakit kaki, kebas atau kaki berdenyut manakala mereka yang lebih berusia cenderung untuk mengalami masalah kaki pada kadar yang lebih tinggi. Namun kajian mendapati terdapat peningkatan masalah kaki yang turut dialami kanak-kanak dan remaja.

“Mereka yang lebih berusia lebih cenderung mengalami sakit kaki dan sekiranya mempunyai penyakit kronik, sakit itu biasanya akibat kematu, kaki mengeras dan kecacatan jari yang 75 peratus ialah benjolan sendi (bengkak menyakitkan pada sendi pertama ibu jari kaki),” katanya.


Punca sakit kaki rawat stokin Vken
Kasut tinggi punca sakit otot dan tekanan pada tulang

Menurut Dr Lee, sakit kaki dalam kalangan muda kebiasaannya datang daripada sakit otot dan tekanan pada tulang.

“Kira-kira 30 peratus daripada warga emas yang sakit kaki mengalami kaki yang mengeras dan kira-kira 15 peratus mempunyai masalah kematu pada jari kaki mereka.

“Kebanyakan masalah ini berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai seperti kasut bertumit tinggi dengan muncung hadapan yang tajam,” katanya.


Penjagaan kaki Stokin Vken
Kanak-kanak turut mengalami masalah kaki


Dr Lee berkata, individu yang lebih berusia atau gemuk, wanita, pesakit diabetes dan jantung, mereka yang sering sakit lutut, pinggul atau belakang lebih ramai mengalami masalah kaki.

“Wanita lebih kerap alami masalah sakit pada jari kaki dan bahagian bawah jari kaki berbanding lelaki. Keadaan ini biasanya semakin teruk apabila usia meningkat.

“Bagaimanapun, keadaan berbeza dengan sakit pada tumit yang semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat,” ujarnya.


Antara kaedah boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan kaki:

• Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki.

• Lakukan pemeriksaan dan rawatan kaki berjadual.

• Jangan kerap berjalan tanpa memakai kasut.

• Jangan sesekali mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.

• Angkat kaki seketika terutama selepas lama berjalan atau berlari.

• Periksa keadaan kaki dengan teliti.

• Jaga kebersihan kaki dan kuku kaki.

Kaedah terkini dengan menjaga kesihatan kaki melalui pemakaian Stokin Vken. Material yang selesa dan sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti atau digunakan harian.  Ia sesuai bagi semua golongan samada eksekutif, ahli sukan, wanita hamil, warga emas sehinggalah mereka yang sakit terutama pesakit diabetes dan warga emas, berisiko mengalami masalah kaki berbeza.



Penjagaan kaki-stokin Vken
Menjaga kesihatan kaki melalui pemakaian stokin Vken

Maklumat lanjut Stokin Vken klik DISINI



No comments:

Post a Comment